Enam langkah, satu kali baca. Setiap langkah di bawah menerangkan apa yang anda buat, berapa kosnya, dan apa yang pasukan MCCC buat selepas itu — supaya tiada langkah yang anda terpaksa teka.
Isi nama, e-mel, telefon dan kata laluan di halaman pendaftaran, kemudian pilih pakej keahlian pada borang yang sama. Jumlah yang perlu dibayar dipaparkan sebelum anda menekan Daftar. Tiada bayaran diambil pada peringkat ini.
Perkara yang ramai tersilap sangka: e-mel pengesahan tidak dihantar sebaik anda mendaftar. Ia dihantar selepas bayaran pertama anda diterima. Jadi kalau peti masuk anda kosong selepas mendaftar, itu bukan kerosakan — teruskan ke langkah 2.
Selepas menekan Daftar anda terus dibawa ke halaman order untuk pakej yang anda pilih. Bayar melalui FPX — bayaran diproses serta-merta.
Sebaik bayaran diterima, dua perkara berlaku sekali gus: keahlian anda diaktifkan, dan e-mel pengesahan dihantar. Klik pautan dalam e-mel itu, dan akaun anda terbuka sepenuhnya.
Sebelum bayaran pertama dijelaskan, anda hanya boleh membuka halaman order, bayaran dan invois. Itu memang disengajakan — supaya tiada sesiapa terperangkap dengan akaun yang tidak boleh dibayar dan tidak boleh disahkan.
RM30 / satu report
Beli report semakan
Masuk ke Kredit dalam akaun ahli anda dan beli report. Satu pembelian memberi anda satu kredit, dan satu kredit membolehkan satu permohonan semakan.
Tiada pakej kuantiti dan tiada harga lebih murah bila membeli banyak. Satu report satu harga — beli bila anda perlu, sebanyak yang anda perlu.
1 kredit
Hantar permohonan semakan
Pilih jenis semakan (nombor plat, telefon, akaun bank, nama) dan kategori kes, kemudian masukkan maklumat yang hendak disemak.
Dalam ruangan kronologi kes, ceritakan apa yang berlaku mengikut urutan — tarikh, apa yang dikatakan, berapa yang hilang. Semakin lengkap, semakin cepat pegawai boleh bertindak. Anda juga boleh melampirkan bukti: tangkap layar WhatsApp, resit pindahan, rakaman panggilan. Sehingga 5 fail sekali hantar, 50 MB bagi satu fail.
Kredit hanya ditolak apabila permohonan benar-benar berjaya dihantar. Kalau borang ditolak kerana sesuatu, kredit anda kekal.
Video: memohon report, menjejak status, menghantar kemas kini dan menjadikan laporan rasmi.
Termasuk
Pegawai MCCC menyemak dan membalas
Permohonan anda masuk ke sistem kes MCCC dan ditugaskan kepada pegawai. Status kes bergerak mengikut urutan ini, dan anda nampak kedudukannya setiap kali anda membuka kes:
Dihantar
Sedang disemak
Selesai
Ditutup
Kronologi kes ialah perbualan dua hala. Pegawai menulis kemas kini di situ, dan anda boleh membalas atau menambah perkembangan baharu pada bila-bila masa — suspek menghubungi anda semula, wang berpindah lagi, laporan polis sudah dibuat. Setiap kemas kini daripada mana-mana pihak dihantar melalui e-mel, jadi tiada siapa perlu duduk menunggu di depan skrin.
Pegawai juga menyimpan nota siasatan dalaman yang tidak dipaparkan kepada anda. Itu bukan maklumat yang disembunyikan daripada anda — ia perbincangan tentang pihak ketiga, dan ia kekal dalam panel atas sebab undang-undang.
Selesai
Kes selesai dan ditutup
Apabila semakan siap, pegawai menandakan kes sebagai Selesai dan menulis dapatannya dalam kronologi. Kes yang tiada tindakan lanjut kemudian ditandakan Ditutup.
Kes yang sudah ditutup masih menerima kemas kini daripada anda. Kalau suspek muncul semula enam bulan kemudian, tulis sahaja dalam kronologi kes yang sama — ia tidak hilang, dan pegawai membacanya.
Datang dari SemakIni?
Laporan anda sudah ada di sini.
Kalau anda sudah membuat laporan di SemakIni, ia sampai ke MCCC Watch secara automatik sebagai laporan tidak rasmi. Log masuk melalui SemakIni dan anda boleh melihat serta mengemas kini laporan itu.
Untuk menjadikannya laporan rasmi, anda perlu menjadi ahli dahulu, kemudian lampirkan salinan laporan polis anda dan bayar RM30. Keahlian wajib untuk sebarang pembelian di MCCC.
Sedia untuk mula?
Daftar akaun, pilih pakej keahlian dan bayar melalui FPX. Selepas itu, setiap laporan ialah satu pembelian report.